Salam kepada semua umat manusia yang dimuliakan di atas muka bumi ini..Sedar tak sedar telah tiba buat kesekian kalinya bulan yang terulung, penghulu segala bulan, bulan segala bulan..... Bulan Ramadan Al-Mubarak...
Bagi sesiapa yang jahil (jangan terasa ekkk kepada sesiapa yang ter'jahil' tu)... bulan Ramadan adalah bulan dimana semua umat islam diwajibkan menjalani ibadah puasa... err... puasa tu apa ekkk? Kalau ada sesiapa tanya soalan macam tu, memang nak kena sekeh la.... Puasa daripada konteks mata umum ialah menahan lapar & dahaga di siang hari... Tapi sebenarnya dalam islam, puasa memainkan peranan penting kepada diri kita... Dalam masa kita menunaikan ibadat puasa, menahan segala lapar & dahaga, umat islam juga dikehendaki menahan segala nafsu kita.... nafsu apa tu? Ye la, segala macam nafsu... nafsu makan, nafsu minum, nafsu serakah kah kah kah... pada bulan ini kita dikehendaki mengawal segala tindak tanduk kita, mata jangan liar sangat... pantang nampak gadis2 pakai sendat, laju jer mata kejar... kawal beb... salah satu tujuan puasa supaya kita tak terlajak perbuatan... mulut pun jangan cabul, pun kena kawal gak.... training dalam mengurangkan aktiviti mengumpat a.k.a radio jalanan ni....
Dalam bulan Ramadan ni marilah sesama melakukan sedikit perubahan, lebihkan amalan, cuba latih diri meninggalkan segala perbuatan sia-sia yang mungkin selalu kita lakukan (**ingatan untuk diri sendiri jugak hehehe).
Jangan lupa jugak untuk bersahur... berkat beb.... dan jangan lupa gak untuk berbuka (**Gila apa lupa berbuka). Terawih pun kalau boleh pergilah...
Apa-apa pun selamat menjalani ibadah puasa
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Bulan yang penuh kesenian dalam islam
Sama-sama mengingati..
Mupok..
0 comments:
Post a Comment