0

Artistik 3:: Memanah..

Salam tahun baru... hehehe... gila lama kau baru sekarang nk ucap salam tahun baru... Sekali-sekala buang terbiat apa salahnya...

Lama jugak aku tak meng'update' blog yang serba hina ni... bz beb..

Baru hari ini tergerak hati aku nk update...

Well actualy, aku sekarang ni tengah berada di Stadium UPM sebab kena bertugas sebagai pegawai perisian bagi kejohanan memanah MASUM 2010...

Sukan yang paling boring.. sebabnya aku dah berjam-jam menunggu markah dari dorang untuk key-in dalam sistem yang aku dan team aku bina... tapi harammmmm... x sampai-sampai... belum abis memanah lagi la gamaknya dorang ni... hmm... hmm.. boring...

Hari ni merupakan hari terakhir kejohanan... Aku dan team aku pula dah berada kat sini dekat seminggu dah...

Dah la dalam buku kejohanan dorang sikit pun xde penghargaan kat Jabatan aku... Jabatan-jabatan lain leh plak ada penghargaan kat dalam tu... jamban sungguh...

Tapi xper janji segala keboringan aku dengan sukan memanah ni berbaloi sebab dapat elaun RM300++... hehehehe... Alhamdulillah rezeki rezeki...

Abis je kejohanan memanah ni kejap lagi, aku nak pergi memanah jugak... tp memanah hati la dengan mata air aku hehehehe...

Sayonara dehhhh....
0

Artistik 2:: Ramadan Al-Mubarak

Salam kepada semua umat manusia yang dimuliakan di atas muka bumi ini..

Sedar tak sedar telah tiba buat kesekian kalinya bulan yang terulung, penghulu segala bulan, bulan segala bulan..... Bulan Ramadan Al-Mubarak...

Bagi sesiapa yang jahil (jangan terasa ekkk kepada sesiapa yang ter'jahil' tu)... bulan Ramadan adalah bulan dimana semua umat islam diwajibkan menjalani ibadah puasa... err... puasa tu apa ekkk? Kalau ada sesiapa tanya soalan macam tu, memang nak kena sekeh la.... Puasa daripada konteks mata umum ialah menahan lapar & dahaga di siang hari... Tapi sebenarnya dalam islam, puasa memainkan peranan penting kepada diri kita... Dalam masa kita menunaikan ibadat puasa, menahan segala lapar & dahaga, umat islam juga dikehendaki menahan segala nafsu kita.... nafsu apa tu? Ye la, segala macam nafsu... nafsu makan, nafsu minum, nafsu serakah kah kah kah... pada bulan ini kita dikehendaki mengawal segala tindak tanduk kita, mata jangan liar sangat... pantang nampak gadis2 pakai sendat, laju jer mata kejar... kawal beb... salah satu tujuan puasa supaya kita tak terlajak perbuatan... mulut pun jangan cabul, pun kena kawal gak.... training dalam mengurangkan aktiviti mengumpat a.k.a radio jalanan ni....

Dalam bulan Ramadan ni marilah sesama melakukan sedikit perubahan, lebihkan amalan, cuba latih diri meninggalkan segala perbuatan sia-sia yang mungkin selalu kita lakukan (**ingatan untuk diri sendiri jugak hehehe).

Jangan lupa jugak untuk bersahur... berkat beb.... dan jangan lupa gak untuk berbuka (**Gila apa lupa berbuka). Terawih pun kalau boleh pergilah...

Apa-apa pun selamat menjalani ibadah puasa
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Bulan yang penuh kesenian dalam islam

Sama-sama mengingati..
Mupok..
0

Artistik 1:: Pencinta Seni Bermula....

Sebagai permulaan bagi laman ini, teringin aku nak pamerkan gambar yang aku jumpa dalam sebuah blog lain... menarik la gambar ni...



Hasil nukilan oleh pelukis Adijin... memang seorang 'otai' dalam bab-bab melukis ni.... tabik toing beb....


*Pelakon Hong Kong Charlene Choi (twin)










Dalam masa yang sama nk jugak letak hasil aku hehehehehe....







Dah lama gila aku x melukis... just try-try nk tgk skill ada lagi ke atau pun dah berkarat...











Mupok..
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Seni Anugerah Tuhan